[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Trump keluar hospital hanya untuk melambai penyokong, undang reaksi negatif

Azyyati Ahmad 05/10/2020 | 05:08 MYT
Difahamkan tindakan Trump itu hanya semata-mata untuk sesi foto. - Foto REUTERS
BETHESDA:Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilihat sanggup keluar dari hospital semata-mata untuk melambai kepada penyokongnya yang menunggunya di luar hospital sejak beliau menerima rawatan kerana positif COVID-19.
Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna gelap, menaiki kereta jenis SUV bersama dengan pengawal keselamatannya keluar dari hospital Tentera Walter Reed dan melambai ke arah orang ramai.
Difahamkan tindakan Trump itu hanya semata-mata untuk sesi foto.
Apa yang dilakukan Trump itu mendapat reaksi negatif dari beberapa pihak antaranya Pakar Perubatan Walter Reed, Dr James Phillips yang berkata, adalah berbahaya untuk Trump melakukan kontak rapat dengan sesiapa sahaja ketika ini dan kesemua pengiring Trump perlu melakukan kuarantin 14 hari kerana sesi foto itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Pakar Sejarah Pilihan Raya Presiden AS Michael Beschloss, menyifatkan tindakan Trump itu akan mendedahkan bahaya kepada kesemua pengawal keselamatannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kehadiran presiden itu dilakukan sejurus selepas beliau menjanjikan ‘kejutan’ kepada penyokongnya dalam rakaman video yang disiarkan di media sosial.
Di dalam video tersebut Trump berkata beliau banyak belajar dari diagnosis COVID-19 -nya.
#Donald Trump #Hospital #Amerika Syarikat #COVID-19 #Walter Reed #Trump melambai