DUNIA
Trump label Antifa ‘organisasi pengganas’ susulan pembunuhan Charlie Kirk
Pakar menjelaskan Antifa hanyalah sebuah gerakan ideologi yang longgar tanpa struktur kepimpinan atau hierarki yang jelas. -Gambar Reuters.
WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi isyarat bakal mengambil tindakan tegas terhadap gerakan berhaluan kiri, Aksi Anti-Fasis (Antifa), susulan pembunuhan aktivis politik konservatif, Charlie Kirk.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Antifa sebagai sebuah organisasi pengganas.
“Saya mencadangkan agar pihak yang membiayai Antifa disiasat dengan teliti mengikut piawaian dan amalan undang-undang tertinggi,” katanya.
Namun, pakar menjelaskan Antifa hanyalah sebuah gerakan ideologi yang longgar tanpa struktur kepimpinan atau hierarki yang jelas.
Sehari selepas pendakwa raya Utah mengumumkan pertuduhan rasmi terhadap suspek pembunuhan Kirk, Tyler Robinson, 22, masih tiada bukti mengaitkannya dengan mana-mana kumpulan luar. Motif sebenar turut kekal misteri.
Trump bersama beberapa pegawai kanan berulang kali menuding jari kepada kumpulan kiri kerana didakwa mewujudkan suasana permusuhan terhadap golongan konservatif.
Namun, pengkritik menilai Trump sekadar menggunakan tragedi itu sebagai alasan untuk menekan musuh politiknya.
Ini bukan kali pertama Trump menyuarakan cadangan sebegitu. Pada 2020, beliau pernah mahu melabelkan Antifa sebagai organisasi pengganas ketika AS digegar protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd di tangan polis Minneapolis.
Ketika itu, pakar undang-undang menegaskan langkah berkenaan tiada asas kukuh, sukar dilaksanakan serta menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara, memandangkan berpegang kepada sesuatu ideologi tidak dianggap jenayah.
Pihak White House setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas lanjut.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump cadang siasatan terhadap pihak yang membiayai gerakan Antifa, susulan pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk.
- Pakar tegaskan Antifa bukan organisasi formal tetapi gerakan ideologi longgar, dan tiada bukti suspek pembunuhan Kirk terlibat dengan mana-mana kumpulan.
- Kritikan terhadap cadangan Trump timbul kerana dianggap cuba menekan musuh politik dan menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara.