awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump lancar rangkaian media sosial hujung Mac

Bernama
Bernama
10/02/2022
10:51 MYT
Trump lancar rangkaian media sosial hujung Mac
Rangkaian baharu Trump itu belum lagi dibuka untuk awam, tetapi sudah tersedia untuk pratempahan. - Gambar fail
WASHINGTON: Bekas Presiden AS Donald Trump akan melancarkan rangkaian media sosialnya sendiri menjelang akhir Mac, Sputnik memetik laporan Fox Business daripada sumber yang mengetahuinya.
Rangkaian itu, dinamakan TRUTH Social, akan beroperasi sepenuhnya menjelang tarikh pelancaran yang dijangkakan pada akhir suku semasa, kata laporan itu pada Rabu.
Rangkaian baharu Trump itu belum lagi dibuka untuk awam, tetapi sudah tersedia untuk pratempahan di Apple App Store, tambah laporan itu.
TRUTH Social akan bekerjasama dengan Rumble - sebuah platform, yang dilihat sebagai alternatif kepada YouTube dan Perkhidmatan Web Amazon (AWS), menurut laporan itu.
Trump minggu lalu berjanji bahawa rangkaiannya akan melawan balik penapisan yang dilakukan syarikat-syarikat IT yang digolongkan sebagai Big Tech dan akan melindungi hak kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#media sosial
#TRUTH Social
#kebebasan bersuara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan