DUNIA
Trump lanjutkan konsesi tarif untuk pengeluar kereta AS sehingga 2030
Dengan melanjutkan konsesi itu, Trump bertindak balas terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh pengeluar kenderaan AS seperti Ford dan General Motors. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah melanjutkan konsesi tarif ke atas kereta yang dihasilkan di Amerika Syarikat menggunakan komponen import sehingga 2030. Pengeluar boleh menerima bayaran balik sehingga 3.75 peratus daripada harga jualan kenderaan mereka, lapor agensi berita Jerman dpa.
Langkah itu pada asalnya dijadual tamat pada 2027, dengan kadar bayaran balik menurun kepada 2.5 peratus bermula tahun kedua. Trump sebelum ini mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas kereta dan komponen import awal tahun ini.
Presiden itu kini turut mengumumkan tarif ke atas import trak dan bas ke AS. Tarif ke atas trak dan komponennya ditetapkan pada kadar 25 peratus. Seperti kereta, pengeluar boleh menerima bayaran balik 3.75 peratus daripada harga jualan bagi kenderaan yang dihasilkan di AS sehingga 2030.
Trump berkata kira-kira 43 peratus trak yang dijual di AS adalah import. Tarif ke atas bas pula ditetapkan pada kadar 10 peratus.
Dengan melanjutkan konsesi itu, Trump bertindak balas terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh pengeluar kenderaan AS seperti Ford dan General Motors. Mereka berpendapat perjanjian perdagangan dengan Jepun, yang menetapkan tarif 15 peratus ke atas kenderaan yang dihasilkan di negara itu, boleh menjejaskan industri AS memandangkan kenderaan yang dipasang di AS mengandungi 40 hingga 50 peratus komponen import yang tertakluk kepada tarif 25 peratus.
-- BERNAMA