DUNIA
Trump letak polis Washington DC di bawah kawalan persekutuan, kerah pengawal kebangsaan
Trump berkata ibu negara AS itu "telah dikuasai oleh kumpulan samseng ganas dan penjenayah kejam, kumpulan belia liar yang berkeliaran, penagih dadah yang tidak terkawal serta golongan gelandangan". - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mengumumkan bahawa beliau meletakkan pasukan polis tempatan di Washington DC di bawah kawalan persekutuan dan mengerah Pengawal Kebangsaan, dengan alasan apa yang beliau sifatkan sebagai "darurat keselamatan awam."
Menurut Anadolu Ajansi (AA), Trump berkata ibu negara AS itu "telah dikuasai oleh kumpulan samseng ganas dan penjenayah kejam, kumpulan belia liar yang berkeliaran, penagih dadah yang tidak terkawal serta golongan gelandangan," sambil menegaskan, "kita tidak akan membiarkannya berlaku lagi."
"Ini adalah hari pembebasan di DC, dan kita akan mengambil semula ibu negara kita," katanya sambil menambah bahawa Jabatan Polis Metropolitan akan diletakkan "di bawah kawalan langsung persekutuan."
"Saya mengerah Pengawal Kebangsaan untuk membantu memulihkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam di Washington DC, dan mereka akan dibenarkan melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya," katanya lagi.
AA melaporkan bahawa dakwaan presiden mengenai kadar jenayah yang melonjak bercanggah dengan data rasmi bandar itu, yang menunjukkan penurunan 26 peratus dalam jenayah keganasan berbanding tempoh sama pada 2024, serta penurunan tujuh peratus dalam jenayah harta benda seperti pecah rumah dan kecurian.
Trump menolak angka tersebut sebagai "palsu."
-- BERNAMA