awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump lulus sekatan dan larangan perjalanan ke atas petugas ICC

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2020
23:13 MYT
Trump lulus sekatan dan larangan perjalanan ke atas petugas ICC
Mike Pompeo berkata arahan eksekutif itu membolehkan Setiausaha Negara dengan nasihat Setiausaha Perbendaharaan menyekat aset kewangan petugas ICC dalam wilayah AS. -AP
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluluskan sekatan dan larangan perjalanan terhadap petugas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICC).
Tindakan itu dilaksanakan ke atas petugas yang terlibat secara langsung dengan siasatan kes jenayah perang tentera AS di Afghanistan.
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata arahan eksekutif itu membolehkan Setiausaha Negara dengan nasihat Setiausaha Perbendaharaan menyekat aset kewangan petugas ICC dalam wilayah AS.
Mereka juga tidak dibenarkan memasuki AS.
“ICC tidak boleh menahan warga AS dan mendakwa mereka. AS bukan sebahagian anggota Statut Rom yang menubuhkan ICC.
“Sekiranya pendakwaan mahu diteruskan, ia umpama satu penipuan. Tidak wujud keperluan untuk disabitkan kesalahan.
“Pendakwaan tidak boleh bergantung kepada kenyataan tanpa bukti untuk mensabit kesalahan. Tiada jaminan perbicaraan akan dipercepatkan.
"Ia berbeza, daripada berdepan sekumpulan juri, sebaliknya berdepan panel hakim yang tidak mempunyai kebertanggungjawaban terhadap AS,” katanya.
ICC yang berpangkalan di The Hague ditubuhkan pada 2002 untuk mendakwa kes jenayah perang dan kemanusiaan serta jenayah pembersihan etnik.
Arahan eksekutif yang ditandatangani ini menunjukkan serangan terbaharu Trump terhadap organisasi, perjanjian mahupun individu yang tidak mempunyai polisi selari dengannya.
Sejak mentadbir White House, Trump membatalkan penyertaan AS dalam Perjanjian Iklim Paris, Perjanjian Nuklear Iran dan dua perjanjian kawalan senjata dengan Rusia.
Trump turut menarik diri daripada Majlis Hak Asasi PBB.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#AS
#Donald Trump
#ICC
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Majlis Hak Asasi PBB
#Mike Pompeo
#PBB
#Rusia
#Statut Rom
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan