INTERNATIONAL
Trump mahu AS bersaing secara terbuka, WTO dilihat sebagai alat “globalist” - Pakar
Pentadbiran Trump telah menggantung sumbangan kewangan kepada WTO berikutan semakan semula perbelanjaan Persekutuan yang sedang dijalankan. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dilaporkan menggantung pembiayaan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) boleh dilihat sebagai keyakinan terhadap keupayaan AS untuk bersaing secara terbuka serta penentangannya terhadap WTO sebagai alat "globalist", kata bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS, Paul Craig Roberts kepada RIA Novosti.
Jurucakap WTO, Ismaila Dieng memberitahu RIA Novosti pada Khamis, AS masih belum melunaskan sumbangannya kepada WTO.
Menurut Reuters, pentadbiran Trump telah menggantung sumbangan kewangan kepada WTO berikutan semakan semula perbelanjaan Persekutuan yang sedang dijalankan.
"WTO adalah alat 'globalist'. Pemimpin yang percaya kepada kedaulatan negara seharusnya menentangnya.
"Mungkin cara terbaik untuk melihat perkara ini adalah Trump yakin dengan keupayaan Amerika untuk bersaing secara terbuka dan mahu menghentikan amalan mengawal keputusan," kata Roberts, yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan.
Hubungan antara pentadbiran Trump dan WTO sememangnya rumit sejak penggal pertamanya, apabila Washington menyekat pelantikan ke Badan Rayuan WTO, yang tidak berfungsi sejak Disember 2019 dan tidak dapat mempertimbangkan rayuan baharu.
Satu daripada punca utama pertikaian antara Trump dan WTO ialah pendekatan yang berbeza terhadap perdagangan antarabangsa, dengan Presiden AS itu menganggap tarif sebagai instrumen berguna dalam dasar ekonomi dan luar negara serta lebih gemar rundingan langsung berbanding menggunakan kerangka WTO.
Sekembalinya ke White House, Trump bertindak menaikkan tarif secara agresif, termasuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari Mexico dan Kanada serta menaikkan tarif barangan China kepada 20 peratus.
Awal bulan ini, WTO mengumumkan Kanada telah meminta rundingan pertikaian dengan AS berhubung isu terbabit.
- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
TAG: WTO, Trump, alat globalist