awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis

Bernama
Bernama
05/11/2024
10:48 MYT
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS, sambil mencadangkan agar atlet kolej dari Universiti Penn State "bergusti" dengan mereka. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Pada saat-saat akhir sebelum pengundian bermula pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa ini, calon Republikan Donald Trump menggalakkan pertarungan antara migran dan atlet terlatih serta menggesa hukuman mati bagi migran yang membunuh warganegara AS dan pegawai polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Donald Trump mencadangkan atlet dari Penn State bergusti dengan migran dan mengusulkan liga khas untuk migran berkerjasama dengan UFC.
  • Trump menggesa hukuman mati bagi migran yang membunuh warga Amerika atau pegawai penguat kuasa.
  • Isu migrasi di sempadan selatan AS menjadi fokus utama kempen Trump, dengan kenyataan yang mencetuskan sentimen anti-migran.

Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS, sambil mencadangkan agar atlet kolej dari Universiti Penn State "bergusti" dengan mereka.
Trump berkata beliau telah memberitahu Dana White, ketua pegawai eksekutif Ultimate Fighting Championship (UFC), syarikat promosi seni bela diri campuran, untuk menubuhkan liga migran dan liga UFC supaya mereka boleh bertarung.
"Saya fikir liga migran mungkin menang. Begitulah ganasnya sesetengah daripada mereka."
Kemudian, beliau menyeru hukuman paling berat bagi migran yang membunuh warga AS atau pegawai penguat kuasa.
"Saya dengan ini menyeru hukuman mati untuk mana-mana migran yang membunuh warganegara Amerika atau pegawai penguat kuasa undang-undang," katanya kepada hadirin.
Trump, 78, menjadikan isu kemasukan haram pendatang sebagai satu daripada isu utama kempennya, sering menggambarkan migran sebagai musuh AS dan secara sengaja mencetuskan sentimen antiwarga asing dengan dakwaan yang tidak berasas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Pilihan Raya Presiden AS
#migran
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan