Skip to main content

Dunia

Trump mahu syarat lebih tegas dalam cadangan perjanjian Iran – Laporan

U.S. President Donald Trump speaks during an event to mark Military Mother's Day, in the East Room at the White House in Washington, D.C., U.S., May 6, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Presiden Trump dilaporkan mahu mengubah beberapa syarat dalam cadangan perjanjian bagi menamatkan perang di Asia Barat, ketika persetujuan muktamad antara pihak terlibat masih belum dicapai. - Gambar fail Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mahu mengubah beberapa syarat dalam cadangan perjanjian bagi menamatkan perang di Asia Barat, ketika persetujuan muktamad antara pihak terlibat masih belum dicapai.

Menurut laporan media AS pada Sabtu, perubahan itu melibatkan pemerkasaan terma perjanjian sebelum rangka kerja baharu dihantar semula kepada Iran untuk dipertimbangkan.

Laporan itu turut menyebut, butiran sebenar pindaan berkenaan masih belum diperjelaskan, namun ia dipercayai melibatkan usaha memperkukuh beberapa aspek penting yang diberi perhatian oleh Trump, termasuk berkaitan pengurusan bahan nuklear Iran.

Langkah terbaharu itu dilihat berpotensi melanjutkan tempoh rundingan antara pihak terlibat selama beberapa hari lagi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan mengenai perjanjian berkenaan.

Konflik berkenaan tercetus selepas AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

Sebelum ini, cadangan perjanjian tersebut dilaporkan menunggu kelulusan Trump, namun beliau masih belum membuat keputusan selepas mengadakan mesyuarat di Bilik Situasi Rumah Putih pada Jumaat.

Trump sebelum ini menegaskan, keutamaan dalam mana-mana perjanjian termasuk memastikan Iran tidak membangunkan senjata nuklear serta membuka semula Selat Hormuz, laluan penting yang menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.

Must Watch Video

Advertisement