Trump menang di Alaska, keputusan pilihan raya AS tidak terjejas

Saraya Mia
November 11, 2020 16:26 MYT
Trump bagaimanapun masih enggan menyerah kalah dan berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang. - Gambar AP
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berjaya menewaskan Joe Biden di Alaska, menurut data Edison Research pada Rabu.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak menjejaskan kedudukan Biden sebagai Presiden AS yang ke-46 kerana Alaska hanya menyumbang kepada tiga undian elektoral.
Biden, dari Parti Demokrat sudah memperolehi jumlah undian elektoral melebihi 270, cukup untuk memenangi Pilihan Raya Presiden AS.
Trump bagaimanapun masih enggan menyerah kalah dan berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
BACA: AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
BACA: AS Memilih: Donald Trump tetap dakwa dirinya menang
BACA: AS Memilih: Trump masih belum akui kekalahan
Beliau mendakwa bahawa sistem pilihan raya kali ini tidak adil.
Justeru, peralihan kuasa di AS juga dijangka terganggu susulan kenyataan Trump itu.
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #Joe Biden #Alaska #undian elektoral #Edison Research #Demokrat #Republikan #AS memilih #pilihan raya presiden