DUNIA

'Trump menjijikkan!' - mesej Skywriters buat calon Presiden AS

Kohilah Sekaran 02/01/2016 | 03:23 MYT
Hangat di media sosial hari ini ialah tindakan 'Skywriters' yang menyampaikan sebuah mesej sinis kepada calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rose Parade 127 pada tahun baharu.
HANGAT di media sosial hujung minggu ini ialah tindakan ‘Skywriters’ dalam satu mesej sinis kepada calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rose Parade 127 di California pada sambutan ambang tahun baharu 2016.
Lima pesawat mewarnai perarakan tahunan itu di Pasadena dengan mengukir mesej di langit berbunyi "Amerika adalah hebat! Trump menjijikkan ("America is great! Trump is disgusting). Perkara ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan penonton yang hadir.
Di media sosial lain pula ceritanya. Rakaman mesej itu mula viral dengan pegguna media sosial mempersenda Trump dengan kenyataan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Memetik laporan portal People, sebuah syarikat pengiklanan aerial, Air Sign mengakui pelancaran mesej anti-Trump itu di laman Twitternya.
"Selamat pagi Pasadena, kami mempunyai satu kejutan untuk anda! Pastikan anda lihat perarakan kami pada jam 8:30 pagi ini," tweet mereka sebelum acara itu bermula.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat masa ini, Trump masih belum memberi sebarang reaksi.
Rose Parade merupakan perarakan tahunan yang disambut sempena tahun baharu di Pasadena.
Ia dijalankan sebagai sebahagian dari sambutan tahun baharu di Amerika Syarikat.
#California #Donald Trump #Rose Parade. Skywriters