awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mulakan lawatan ke Arab Saudi hari ini

Bernama
Bernama
12/05/2025
22:50 MYT
Trump mulakan lawatan ke Arab Saudi hari ini
Presiden Trump melambai sebelum berlepas ke Arab Saudi, Qatar dan UAE menaiki Air Force One dari Pangkalan Bersama Andrews, Maryland pada 12 Mei 2025. - Gambar Reuters
RIYADH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, menandakan permulaan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat sejak kembali memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lepas.
Lawatan empat hari yang turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyerupai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama.
Semasa berada di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta wakil industri teknologi dan perniagaan sehingga 16 Mei.
Terbaharu, media antarabangsa melaporkan tokoh perniagaan ternama seperti Elon Musk juga dijangka menghadiri Forum Pelaburan Arab Saudi-AS yang dijadualkan berlangsung di sini, pada 13 Mei.
Arab Saudi sebelum ini menyatakan komitmen untuk melabur US$600 bilion di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun, selain bersetuju membeli senjata dari Washington bernilai US$3.5 bilion pada awal tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#lawatan rasmi
#Trump lawat Arab Saudi
#Forum Pelaburan Arab Saudi-AS
#Mohammed bin Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan