awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump perkenal 'Kad Emas' untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
04/04/2025
20:15 MYT
Trump perkenal 'Kad Emas' untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat
Trump menunjukkan kad emas US$5 juta ketika dia bercakap kepada wartawan semasa dalam penerbangan Air Force One, dalam perjalanan ke Miami, 3 Apr 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memperkenalkan "Kad Emas" yang memberi hak kepada golongan imigran kaya untuk menetap di AS secara tetap, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Dengan US$5 juta, kad ini boleh menjadi milik anda," katanya pada Khamis ketika berada dalam pesawat rasmi presiden, Air Force One.
Beberapa video yang disiarkan media AS memaparkan Trump menunjukkan kad emas berkenaan - yang turut memaparkan imej wajahnya - kepada para wartawan.
Beliau turut merujuknya sebagai "Kad Trump".
Trump berkata kad itu dijangka diperkenalkan dalam tempoh kurang dua minggu lagi. Beliau sebelum ini mengemukakan rancangan mengenai kad berkenaan pada Februari lepas.
Program ini berkemungkinan menggantikan visa pelabur EB5 yang sedia ada dan turut membuka laluan ke arah kewarganegaraan.
Kad berkenaan menyasarkan golongan kaya serta individu berkemahiran tinggi yang mempunyai penaja - sama ada syarikat atau individu - yang sanggup membayar untuk visa mereka.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#kad emas
#imigran kaya
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan