DUNIA
Trump pertimbang lawatan ke Asia Barat hujung minggu ini, rundingan Gaza semakin positif
Trump menjelaskan sekiranya rundingan berjalan seperti dirancang, beliau dijangka berlepas ke rantau itu pada Sabtu malam atau Ahad bagi menghadiri fasa akhir perbincangan bersama pemimpin serantau. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkemungkinan akan berkunjung ke Asia Barat hujung minggu ini ketika pasukan perundingnya berusaha memuktamadkan perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata di Gaza.
Ringkasan AI
Memetik laporan Reuters, Trump memaklumkan rundingan yang sedang dijalankan menunjukkan kemajuan besar dan kini berada pada tahap akhir sebelum mencapai persetujuan rasmi antara semua pihak terlibat.
Trump berkata rundingan itu melibatkan wakil Hamas, Israel, serta hampir semua negara Islam dan Arab, termasuk negara kaya di Teluk dan juga negara berpendapatan sederhana di rantau tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha diplomatik kali ini adalah yang paling luas pernah dijalankan dalam sejarah konflik Asia Barat.
“Kami berunding dengan Hamas dan banyak negara lain. Semua negara Islam dan Arab turut serta, ada yang kaya dan ada yang tidak begitu kaya tetapi hampir semuanya terlibat. Ini belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Trump menambah, pasukan rundingannya yang kini berada di lapangan terdiri daripada perunding berpengalaman dan diplomat kanan AS, yang dilihat berjaya membuka laluan positif ke arah penyelesaian konflik yang telah berlarutan lebih dua tahun itu.
“Rundingan kini sangat hampir. Kami ada pasukan hebat di sana dan saya rasa ini akan berlaku. Peluangnya sangat besar,” katanya ketika berucap di White House pada Rabu.
Pada ketika ini, perbincangan akhir sedang berlangsung di Sharm el-Sheikh, Mesir, dengan tumpuan kepada pembebasan tebusan dari Gaza serta pengakhiran operasi ketenteraan di wilayah tersebut.
Trump menjelaskan sekiranya rundingan berjalan seperti dirancang, beliau dijangka berlepas ke rantau itu pada Sabtu malam atau Ahad bagi menghadiri fasa akhir perbincangan bersama pemimpin serantau.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump berkemungkinan berkunjung hujung minggu ini bagi menyertai fasa akhir rundingan gencatan senjata dan pertukaran tebusan di Gaza.
- Rundingan melibatkan Hamas, Israel dan hampir semua negara Islam dan Arab, dengan kemajuan besar dilaporkan menjelang persetujuan rasmi.
- Trump menyifatkan usaha ini sebagai paling menyeluruh dalam sejarah konflik Asia Barat, dengan pasukan perunding AS kini berada di Sharm el-Sheikh, Mesir.