Skip to main content

Dunia

Trump, PM baharu Britain bincang perdagangan, keselamatan

[TB]_Andy Burnham Trump TRUTH SOCMED_REUTERS TRUTH
Trump turut menyatakan Burnham bakal memikul tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri Britain, namun yakin beliau mampu melaksanakannya dengan baik. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan, beliau mengadakan perbualan yang disifatkan sebagai "sangat baik" dengan Perdana Menteri baharu Britain, Andy Burnham, pada Isnin.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, beliau dan Burnham membincangkan pelbagai perkara termasuk hubungan erat antara AS dan United Kingdom (UK).

Menurut Trump, mereka turut menyentuh isu minyak Laut Utara, perdagangan, kerjasama ketenteraan serta usaha membersihkan Selat Hormuz daripada periuk api.

Beliau berkata, kedua-duanya juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Trump turut menyatakan Burnham bakal memikul tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri Britain, namun yakin beliau mampu melaksanakannya dengan baik.

Pada masa sama, Trump menegaskan, AS akan terus menyokong UK dan mengakhiri kenyataannya dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Burnham.

 

 

Must Watch Video

Advertisement