DUNIA
Trump rancang sambut hari lahir ke-80 dengan pertarungan UFC di halaman White House
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk menyambut hari lahirnya yang ke-80 tahun depan dengan menganjurkan pertarungan seni mempertahankan diri dalam sangkar di halaman White House. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk menyambut hari lahirnya yang ke-80 tahun depan dengan menganjurkan pertarungan seni mempertahankan diri dalam sangkar di halaman White House, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Acara yang diumumkan beberapa bulan lalu dan akan menampilkan Ultimate Fighting Championship (UFC) itu dijadual berlangsung pada 14 Jun, kata Trump dalam ucapannya di negeri Virginia pada Ahad.
Ketika beliau mula-mula mencetuskan idea itu tiga bulan lalu, Trump mengaitkannya dengan ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS yang akan disambut pada Julai 2026.
Namun, ketika berucap di hadapan anggota tentera di Pangkalan Tentera Laut Norfolk, beliau tidak menjelaskan sebab hari lahirnya sendiri dipilih sebagai tarikh penganjuran acara tersebut.
UFC ialah liga profesional terbesar bagi seni mempertahankan diri campuran (MMA), sukan tempur sentuhan penuh (full contact) yang menggabungkan teknik tinju, tendangan, gusti dan pelbagai seni bela diri lain.
Berbeza dengan gusti profesional, pertarungan UFC tidak diatur atau dilakonkan terlebih dahulu.
Malah, ia adalah perkara biasa untuk berlaku pertumpahan darah atau seorang petarung dipukul hingga pengsan.
Trump sejak sekian lama diketahui sebagai peminat tegar UFC dan pernah hadir menyaksikan beberapa acara.
Sebelum kemenangan pilihan raya tahun lalu, beliau pernah mencetuskan idea pertarungan antara atlet profesional dan pendatang dalam bentuk perlawanan ganas.
Presiden UFC, Dana White, yang merupakan penyokong kuat Trump, turut berkempen secara terbuka untuknya dan kekal sebagai penyokong utama.
Pada September lalu, White House telah mengeluarkan lakaran awal bagi pratonton acara tersebut -termasuk gelanggang lapan segi gaya klasik UFC yang akan didirikan di halaman selatan, dikelilingi tempat duduk penonton dan dibingkai oleh gerbang besar yang bercahaya lampu limpah.
White berkata UFC akan membelanjakan kira-kira AS$700,000 bagi memulihkan semula halaman itu selepas acara berlangsung.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump merancang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-80 pada 14 Jun depan dengan menganjurkan pertarungan UFC di halaman White House.
- Acara itu akan menampilkan gelanggang lapan segi khas dan disokong oleh Presiden UFC, Dana White, yang merupakan penyokong kuat Trump.
- UFC dijangka membelanjakan kira-kira AS\$700,000 bagi kerja pemulihan halaman White House selepas acara tersebut.