DUNIA
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Presiden Barack Obama (kanan) dan Naib Presiden Joe Biden (tengah), bermain golf di Courses at Andrews, Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland pada 18 Jun 2011. - Gambar fail AP
FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan menghabiskan sebahagian besar cuti dua minggu di Florida dengan bermain golf.
Namun, sebaik kembali ke White House, beliau merancang projek besar untuk mengubah suai padang golf tentera yang digelar ‘padang golf Presiden’ – walaupun belum pernah bermain di situ.
Padang golf berkenaan, dikenali sebagai Courses at Andrews, terletak di pangkalan tentera Joint Base Andrews, Maryland, kira-kira 24 kilometer dari White House.
Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Presiden AS untuk berehat seketika daripada tekanan tugas, dengan bekas Presiden seperti Gerald Ford, Ronald Reagan, George H.W. Bush, Bill Clinton, George W. Bush, Barack Obama dan Joe Biden pernah bermain di situ.
Obama paling kerap bermain di Andrews, sekitar 110 kali sepanjang lapan tahun pemerintahannya.
Trump, yang lebih gemar bermain di padang golf milik keluarganya, kini dilaporkan bekerjasama dengan legenda golf, Jack Nicklaus untuk merancang pengubahsuaian besar di Andrews.
‘Projek paling signifikan dalam sejarah Andrews’
Menurut jurucakap White House, kerja-kerja pengubahsuaian ini akan menjadi yang paling besar dalam sejarah padang golf Andrews, termasuk pembaikan padang dan kelab yang sudah lama digunakan.
Antara cadangan termasuk pembinaan pusat acara serba guna.
“Presiden Trump adalah pemain golf bertaraf juara dengan pandangan tajam terhadap reka bentuk.
"Visi beliau untuk memperindah padang golf Andrews akan membawa penambahbaikan yang dinanti-nantikan oleh anggota tentera dan keluarga mereka,” kata jurucakap White House, Davis Ingle.
Bagaimanapun, projek ini masih di peringkat awal dan kos serta sumber pembiayaan belum ditentukan. Trump hanya menyatakan ia akan memerlukan “kos yang sangat kecil.”
Sejarah dan keistimewaan padang golf Andrews
Padang golf Andrews dibuka pada 1960 dan terkenal sebagai lokasi eksklusif untuk Presiden AS.
Ia mempunyai dua padang 18 lubang dan satu padang 9 lubang.
Kawasan ini juga dikenali sebagai pangkalan Air Force One.
Trump pernah melawat Andrews sebelum ini, tetapi tiada rekod beliau bermain di situ.
Sebaliknya, beliau dilaporkan menghabiskan banyak masa di padang golf milik keluarganya di Virginia, Florida dan New Jersey – termasuk kelab golf Bedminster.
Selain projek di Andrews, Trump turut merancang beberapa pengubahsuaian besar lain seperti membina ballroom baharu di White House, mengubah suai taman Rose Garden dan merombak bilik Lincoln. - Agensi