awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun

Agensi
Agensi
08/02/2026
23:50 MYT
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Trump (kiri) dan Jinping berbual ketika mereka beredar selepas mesyuarat dua hala di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, sempena Sidang Kemuncak APEC di Busan, Korea Selatan, pada 30 Oktober 2025. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan beliau bakal menerima kunjungan pemimpin China, Xi Jinping, di White House pada penghujung tahun ini ketika kedua-dua kuasa ekonomi terbesar dunia berusaha menstabilkan semula hubungan yang tegang akibat perang perdagangan berpanjangan.
Dalam wawancara bersama NBC News yang dirakam Rabu lalu, Trump berkata, beliau dan Jinping telah mengadakan perbualan menyeluruh melibatkan isu perdagangan, Taiwan, perang Rusia-Ukraine serta perkembangan di Iran.
Trump turut dijadualkan mengunjungi China pada April sebelum Jinping membuat lawatan balas ke Amerika Syarikat.
“Beliau akan datang ke White House… ya, menjelang hujung tahun,” kata Trump.
“Ini adalah dua negara paling berkuasa di dunia dan hubungan kami sangat baik.”
Sejak kembali ke White Housesetahun lalu, Trump memperkenalkan pelbagai tarif baharu ke atas sektor tertentu seperti keluli, automotif dan beberapa produk lain sebagai sebahagian dasar baharunya.
Walaupun Washington dan Beijing beberapa kali berbalas tindakan dalam isu perdagangan, kedua-duanya mencapai gencatan sementara selepas ketegangan memuncak pada musim bunga lalu.
Bagaimanapun, ekonomi kedua-dua negara masih kekal saling bergantungan walaupun AS cuba mengurangkan kebergantungan terhadap sektor pembuatan China.
Jinping, yang kali terakhir melawat AS pada 2023, turut mengingatkan Trump supaya berhati-hati dalam urusan penjualan senjata kepada Taiwan - wilayah yang dianggap Beijing sebagai sebahagian daripada China.
Jinping juga menyatakan harapan agar isu-isu dua hala seperti perdagangan dapat diselesaikan dengan lebih harmoni.
“Dengan menangani isu satu demi satu dan membina kepercayaan secara berterusan, kita dapat mencari jalan yang betul untuk kedua-dua negara bekerjasama,” kata Jinping menurut laporan media rasmi China.
Trump pula menggambarkan perbualan itu sebagai “sangat baik”, sambil menegaskan kedua-dua pemimpin menyedari betapa pentingnya mengekalkan hubungan stabil antara Washington dan Beijing.
Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat pada Jumaat menggesa rundingan tiga hala bersama Rusia dan China bagi menetapkan had baharu senjata nuklear.
Namun, Beijing setakat ini menolak untuk menyertai rundingan perlucutan senjata pada peringkat tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat-China
#Donald Trump
#Xi Jinping
#Xi Jinping lawat AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan