awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sedia dedah keputusan MRI

Agensi
Agensi
01/12/2025
00:40 MYT
Trump sedia dedah keputusan MRI
Presiden Trump bercakap dengan wartawan dalam pesawat Air Force One semasa dalam perjalanan dari Florida menuju Washington, pada Ahad. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan pada Ahad bahawa beliau bersedia untuk mendedahkan keputusan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalani beliau pada Oktober lalu.
“Kalau anda mahu ia didedahkan, saya akan dedahkan,” kata Trump ketika bercakap kepada wartawan dalam perjalanan pulang ke Washington dari Florida.
Trump menyifatkan keputusan MRI itu sebagai “sempurna.”
Bagaimanapun, White House setakat ini enggan menjelaskan mengapa Trump menjalani MRI ketika pemeriksaan fizikal pada Oktober lalu atau bahagian tubuh yang diuji.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt sebelum ini berkata, Trump menerima “pengimejan lanjutan” di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin, dan keputusan menunjukkan beliau kekal dalam “kesihatan fizikal yang luar biasa."
Trump turut menambah bahawa beliau “tidak tahu” bahagian tubuh yang diuji.
“Ia hanya MRI,” katanya. “Bahagian mana? Ia bukan otak kerana saya ambil ujian kognitif dan saya lulus dengan cemerlang.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#keputusan MRI
#pemeriksaan kesihatan Presiden AS
#Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan