DUNIA
Trump sedia pertimbang permintaan Iran hentikan sekatan
Trump menjelaskan Iran berdepan sekatan yang sangat berat dan beliau menyatakan keterbukaan untuk mendengar permintaan tersebut dan bersedia mempertimbangkannya. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis berkata Iran menyuarakan keinginan untuk mengetahui sama ada sekatan AS terhadap negara itu boleh ditamatkan.
Trump menjelaskan Iran berdepan sekatan yang sangat berat dan beliau menyatakan keterbukaan untuk mendengar permintaan tersebut dan bersedia mempertimbangkannya.
Dalam pada itu, setakat ini, misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk komen.
Kenyataan Trump dibuat beberapa hari selepas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menegaskan bahawa kerjasama antara Iran dan AS tidak mungkin berlaku selagi Washington terus menyokong Israel, mengekalkan pangkalan tentera dan campur tangan dalam hal ehwal Asia Barat.
Sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden pada Januari lalu, Trump telah menghidupkan semula kempen tekanan maksimum terhadap Iran, termasuk usaha untuk menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear.
Pada Jun lalu, AS melancarkan serangan ke atas beberapa tapak nuklear Iran.