DUNIA

Trump sedia undang Jong Un ke White House sekiranya perbincangan berjalan lancar

Agensi 08/06/2018 | 10:50 MYT
Pertemuan di antara kedua-dua pemimpin tertinggi itu bertujuan bagi memulakan proses menamatkan program nuklear Korea Utara. - Foto REUTERS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedia mengundang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke negaranya sekiranya sidang kemuncak di Singapura pada 12 Jun ini berjalan lancar.

Trump mengumumkan perkara tersebut pada Khamis menerusi sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di White House.

“Ya saya akan mengundangnya ke White House sekiranya persidangan tersebut berjalan lancar dan saya berpendapat ia akan diterima baik dan perbincangan akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Pertemuan di antara kedua-dua pemimpin tertinggi itu bertujuan bagi memulakan proses menamatkan program nuklear Korea Utara.

Trump juga yakin bahawa Jong Un komited terhadap matlamat tersebut.

#Amerika Syarikat #Donald Trump #Kim Jong Un #Korea Utara #nuklear #sidang kemuncak #Singapura #Washington #White House