[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Trump serang media Amerika, tuduh CNN, New York Times sebar maklumat palsu

Agensi 25/06/2025 | 03:40 MYT
Trump menuduh media seperti CNN dan The New York Times sebagai menyebarkan maklumat palsu dan cuba memperlekehkan kejayaan operasi ketenteraan Amerika ke atas pusat nuklear Iran. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak menyelar media arus perdana negara itu berhubung laporan berkaitan kebocoran maklumat risikan mengenai serangan tentera AS ke atas Iran.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social, Trump menuduh media seperti CNN dan The New York Times sebagai menyebarkan maklumat palsu dan cuba memperlekehkan kejayaan operasi ketenteraan tersebut.
“CNN, media berita palsu bersama The New York Times yang semakin tenat, bersekongkol untuk merendahkan salah satu serangan ketenteraan paling berjaya dalam sejarah.
“Tapak nuklear di Iran telah dimusnahkan sepenuhnya! Rakyat sedang menghentam CNN dan The Times!”
Pentadbiran Trump terus menafikan laporan yang mendakwa serangan itu gagal menamatkan program nuklear Iran sepenuhnya dan mempertahankan tindakan tersebut sebagai kejayaan strategik. - Agensi
#konflik Israel-Iran #Israel serang Iran #Amerika serang Iran #pusat nuklear Iran #Trump serang media AS #CNN #New York Times