Skip to main content

Dunia

Trump sifatkan sokongan G7 "tidak relevan", dakwa AS menang perang di Iran

President Donald Trump speaks to the press before boarding Air Force One, Wednesday, May 20, 2026, at Joint Base Andrews, Md., en route to speak at the U.S. Coast Guard Academy commencement. (AP Photo/Jacquelyn Martin)
Kenyataan Trump dibuat menjelang sidang kemuncak G7 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 Jun ini. - Gambar fail/AP

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak sebarang sokongan daripada Kumpulan Tujuh (G7) sebagai “tidak relevan” dan mendakwa bahawa “AS telah memenangi perang di Iran” dalam wawancara telefon ringkas yang disiarkan saluran televisyen Itali La7 pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Trump membuat kenyataan itu semasa panggilan telefon bersama wartawan La7 di Washington.

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai mesej untuk para pemimpin G7, Trump berkata AS tidak memerlukan sokongan luar.

Kenyataan itu dibuat menjelang sidang kemuncak G7 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 Jun ini.

Ketegangan serantau yang bermula pada 28 Feb lepas selepas serangan Israel dan AS ke atas Iran mencetuskan kitaran konfrontasi ketenteraan, serangan balas dan pertikaian diplomatik.

Iran dan Israel turut berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini sebelum meredakan ketegangan, sekali gus menyerlahkan kerapuhan gencatan senjata serta usaha berterusan pengantara serantau dan antarabangsa untuk menghidupkan semula diplomasi dan mengelakkan konflik yang lebih meluas.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement