DUNIA
Trump sokong cadangan Putin kekalkan had senjata nuklear
Jika tercapai persetujuan baharu, ia akan menjadi detik jarang kerjasama antara kedua-dua negara, di sebalik hubungan yang semakin tegang sejak Trump dan Putin bertemu di Alaska pada Ogos lalu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad menyifatkan cadangan Presiden Rusia, Vladimir Putin, untuk mengekalkan had sukarela terhadap senjata nuklear strategik sebagai “satu idea yang baik.”
Cadangan itu dikemukakan Putin bulan lalu, iaitu mengekalkan had sukarela seperti yang termaktub dalam Perjanjian New START 2010 - jika Washington turut bersetuju berbuat demikian.
Perjanjian itu dijangka tamat pada Februari tahun depan.
“Bagi saya, itu kedengaran seperti idea yang baik,” kata Trump ketika ditanya wartawan mengenai cadangan Putin sebelum berlepas dari White House.
Rusia tunggu maklum balas
Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vassily Nebenzia minggu lalu berkata, Moscow masih menunggu maklum balas rasmi Washington terhadap cadangan itu.
Jika tercapai persetujuan baharu, ia akan menjadi detik jarang kerjasama antara kedua-dua negara, di sebalik hubungan yang semakin tegang sejak Trump dan Putin bertemu di Alaska pada Ogos lalu, termasuk laporan pesawat dron Rusia menceroboh ruang udara NATO.
Putin beri amaran isu peluru berpandu
Dalam video yang dikeluarkan pada Ahad, Putin memberi amaran bahawa sebarang keputusan Amerika Syarikat membekalkan peluru berpandu jarak jauh Tomahawk kepada Ukraine untuk serangan jauh ke dalam wilayah Rusia akan “memusnahkan” hubungan Moscow-Washington.
Naib Presiden AS, JD Vance, bulan lalu menyatakan, Washington sedang menimbang permintaan Kyiv mengenai peluru berpandu itu, namun belum ada keputusan muktamad.
“Ini akan membawa kepada kehancuran hubungan kita, atau sekurang-kurangnya menamatkan perkembangan positif yang ada,” kata Putin dalam kenyataan yang disiarkan televisyen rasmi Rusia.
Menurut laporan Reuters, hasrat pentadbiran Trump untuk menghantar peluru berpandu Tomahawk mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kebanyakan stoknya telah diperuntukkan untuk kegunaan tentera laut.
Trump yang sebelum ini kecewa kerana Putin masih belum menamatkan perang di Ukraine, tidak ditanya mengenai isu kemungkinan penghantaran peluru berpandu itu.
Trump kini sedang melawat kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush di perairan Virginia, dan dijadual menyampaikan ucapan di atas USS Harry S. Truman.
Peluru berpandu Tomahawk mempunyai jarak kira-kira 2,500 kilometer, sekali gus meletakkan Kremlin dan sebahagian besar Rusia Eropah dalam lingkungan sasaran sekiranya ia dibekalkan kepada Ukraine.