awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Perluasan SST peluang perkukuh keyakinan terhadap makanan tempatan
DUNIA
Penangguhan tarif mungkin dilanjutkan selepas Julai - Rumah Putih
MALAYSIA
Nanta saran JKR guna teknologi moden dalam pelaksanaan projek mega
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump terbuka terima kunjungan Netanyahu - White House

Agensi
Agensi
26/06/2025
23:20 MYT
Sponsor Banner
Trump terbuka terima kunjungan Netanyahu - White House
Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri Netanyahu (kiri) terbang ke Washington, Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Trump yang dianggap sebagai “sahabat paling besar Israel yang pernah menduduki White House.” - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bersikap terbuka untuk menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke White House, kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt pada Khamis.
“Perdana Menteri Netanyahu telah menyatakan minat untuk datang ke Rumah Putih dan Presiden Trump jelas bersikap terbuka mengenainya.
"Namun, setakat ini belum ada tarikh ditetapkan. Apabila ada, kami akan maklumkan kepada semua,” kata Leavitt dalam satu sidang media.
Media Israel pada Khamis melaporkan bahawa Netanyahu merancang untuk melawat Washington seawal minggu kedua bulan Julai.
Untuk rekod, hubungan antara Trump dan Netanyahu memang akrab.
Pada malam Rabu, Trump mengecam perbicaraan rasuah yang sedang dihadapi Netanyahu, menyifatkannya sebagai “pemburuan politik.”
Netanyahu pula sebelum ini pernah menggambarkan Trump sebagai “sahabat paling besar Israel yang pernah menduduki White House.” - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Benjamin Netanyahu
#White House
#Amerika sahabat Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami