DUNIA
Trump terkejut tindakan Israel di Gaza dan Syria, hubungan dengan Netanyahu semakin tegang
Presiden Trump (kiri) dan Perdana Menteri Netanyahu menghadiri majlis makan malam rasmi di White House, Washington, baru-baru ini. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan terkejut dengan tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan Syria minggu lalu, sehingga memaksanya menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi "membetulkan keadaan", menurut kenyataan White House.
Insiden itu sekali lagi menyerlahkan hubungan yang semakin tegang antara kedua-dua pemimpin, walaupun mereka dilihat sebagai sekutu rapat.
Antara tindakan yang mencetuskan kemarahan Trump ialah serangan udara Israel pada Khamis lalu ke atas satu-satunya gereja Katolik di Gaza, yang mengorbankan tiga orang awam.
Trump segera menghubungi Netanyahu dan menggesa beliau mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa serangan itu adalah satu kesilapan.
Trump turut tidak menyangka tindakan Israel melancarkan serangan udara ke atas bangunan kerajaan di Damsyik, Syria - ketika pentadbirannya sedang giat menyokong proses pemulihan negara yang dilanda perang itu.
“Presiden mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Netanyahu dan sering berhubung dengannya. Namun beliau benar-benar terkejut dengan pengeboman di Syria serta serangan ke atas gereja Katolik di Gaza,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt kepada media pada Isnin.
“Dalam kedua-dua kejadian, Presiden segera menghubungi Perdana Menteri untuk memperbetulkan keadaan,” tambahnya.
Menurut Leavitt, Setiausaha Negara, Marco Rubio kini giat menjalankan usaha diplomasi bagi meredakan ketegangan di Syria, termasuk melonggarkan sekatan dan menyokong Presiden baharu negara itu, Ahmed al-Sharaa - bekas pemimpin pemberontak.
Hubungan peribadi antara Trump dan Netanyahu sejak sekian lama dilihat rumit, walaupun kedua-dua negara mengekalkan hubungan strategik yang erat.
Malah menurut beberapa sumber, hubungan mereka sering dibayangi rasa tidak percaya antara satu sama lain.
Bagaimanapun, hubungan itu tampak lebih akrab sejak Trump memutuskan untuk menyertai kempen udara Israel ke atas Iran pada musim panas lalu.
Dalam satu majlis makan malam rasmi di White House baru-baru ini, Netanyahu turut menyerahkan sepucuk surat kepada jawatankuasa Hadiah Nobel untuk mencalonkan Trump bagi anugerah keamanan.
Trump berharap lawatan empat hari Netanyahu ke Washington awal bulan ini akan membuahkan hasil, termasuk perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan dan peningkatan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu.
Namun, Netanyahu meninggalkan AS tanpa sebarang pengumuman rasmi mengenai perjanjian tersebut.
Kini, hampir seminggu selepas cadangan gencatan senjata terkini dikemukakan kepada Hamas, semua pihak masih menanti maklum balas daripada pemimpin kumpulan itu di Gaza.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hamas memaklumkan, mereka sedang "berusaha sepenuhnya siang dan malam" untuk mencapai persetujuan gencatan senjata serta pembebasan tebusan.
Trump dilaporkan semakin gusar dengan pertambahan angka korban akibat konflik Gaza yang berlarutan – termasuk serangan ke atas gereja minggu lalu yang mengorbankan tiga orang awam.
“Presiden sedih melihat konflik di Asia Barat ini yang telah berlangsung terlalu lama dan menjadi semakin ganas. Laporan kematian yang semakin meningkat amat membimbangkan beliau. Presiden mahu pertumpahan darah ini dihentikan,” ujar Leavitt.
Beliau turut memuji usaha pentadbiran Trump untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, walaupun beberapa menteri luar negara Barat mengkritik Israel kerana hanya menyalurkan bantuan secara perlahan.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 1,000 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan sejak akhir Mei lalu.
“Presiden adalah sebab mengapa bantuan masih dapat diagihkan ke Gaza,” kata Leavitt.
“Beliau mahu semua ini dilakukan secara aman dan tanpa lebih banyak nyawa yang terkorban.”
“Ini adalah krisis rumit yang diwarisi daripada kelemahan pentadbiran terdahulu. Dan saya fikir, Presiden patut dipuji atas usahanya,” tambahnya.
“Presiden mahu melihat keamanan, dan pendirian beliau tentang perkara ini amat jelas,” katanya lagi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini

#Donald Trump
#Benjamin Netanyahu
#israel serang gaza
#Israel serang Syria
#hubungan Trump Netanyahu