[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Trump tersilap fakta tentang bulan dan Marikh?

Rizal Zulkapli 08/06/2019 | 00:59 MYT
Program ke bulan sudah lapuk dan telah dicapai 50 tahun lepas dan program yang harus menjadi fokus NASA seharusnya dalam bidang pertahanan dan sains. Foto: Twitter Donald Trump
Adakah Presiden Amerika Syarikat ini berseloroh? Atau adakah beliau sememangnya tidak arif tentang sains?
Dalam kemas kini terkini laman Twitternya, Presiden Donald Trump mendakwa bulan adalah sebahagian daripada sistem planet Marikh.
Kemas kini berkenaan dibuat susulan keputusan agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) yang mengumumkan keputusan untuk membuka peluang kepada orang pensendirian dan syarikat swasta untuk menjadi angkasawan dengan kos pergi balik AS$58 juta, pergi dan balik bagi setiap seorang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Trump, program ke bulan sudah lapuk dan telah dicapai 50 tahun lepas dan program yang harus menjadi fokus NASA kini seharusnya tertumpu dalam bidang pertahanan dan sains.
Menurut NASA, hasil daripada program angkasawan persendirian itu akan digunakan untuk menghantar angkawasan wanita pertama ke bulan pada 2024.
Dan kemas kini tersebut pantas mendapat kritikan daripada pelbagai individu di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan ini pula, kemaskini Twitter dari pemimpin NASA sendiri yang menjelaskan bahawa NASA akan gunakan bulan sebagai pengkalan untuk menghantar angkasawan ke Marikh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga individu yang mencari kembali kemas kini Twitter Trump yang dibuat pada Mei lepas yang inginkan Amerika Syarikat kembali menghantar angkasawan ke bulan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jadi, adakah kemas kini Trump ini telah disalah erti atau sememangnya beliau mengetahui apa yang ramai tidak tahu?
#Amerika Syarikat #bulan #Donald Trump #Marikh #NASA #Twitter Donald Trump