DUNIA
Trump tiba di Tokyo untuk lawatan rasmi
Presiden AS ketika sampai di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo dalam lawatan enam hari ke tiga negara Asia dengan Jepun sebagai destinasi keduanya. - foto REUTERS/Evelyn Hockstein
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Tokyo pada Isnin bagi memulakan lawatan rasmi sebagai sebahagian daripada lawatan enam hari ke tiga negara Asia dengan Jepun sebagai destinasi keduanya.
Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo menggunakan pesawat Air Force One dari Kuala Lumpur dan dijadual menghadap Maharaja Jepun, Naruhito di Istana Diraja pada sebelah petang.
Trump juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, pada Selasa bagi sidang kemuncak dua hala, di mana kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka berbincang tentang isu perdagangan, pelaburan, dan perbelanjaan pertahanan.
Pertemuan Trump dengan pemimpin ekonomi keempat terbesar ini berlangsung selepas beliau hadir ke Sidang Kemuncak AS-ASEAN ke-13 dan Sidang Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 di Kuala Lumpur pada Ahad.
Semasa menghadiri sidang kemuncak berkenaan, Trump menandatangani beberapa perjanjian perdagangan timbal balik bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Malaysia, Kemboja dan Vietnam, yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam menangani halangan tarif dan bukan tarif.
Kunjungan Trump turut menyaksikan tahap keselamatan di Tokyo diperketat dengan kira-kira 18,000 anggota polis dikerahkan berikutan siri serangan berprofil tinggi yang menyasarkan tokoh politik di dalam dan luar negara.
Takaichi, yang dikenali sebagai anak didik kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, berhasrat membina hubungan kukuh dengan Trump ketika Jepun berdepan tekanan meningkat daripada Washington berhubung isu perdagangan dan pertahanan.
Bercakap kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One dalam perjalanan ke Tokyo, Trump menyatakan rasa teruja beliau untuk bertemu Takaichi dan yakin mampu bekerjasama erat dengan perdana menteri wanita pertama Jepun itu.
Lawatan Trump kali ini adalah kunjungan keempat beliau ke Jepun sebagai presiden dan yang pertama bagi penggal kedua pentadbirannya.
Selepas sidang kemuncak bersama Takaichi pada Selasa, Trump dijadual menyampaikan ucapan di atas kapal pengangkut pesawat USS George Washington di pangkalan tentera laut AS di Yokosuka, Wilayah Kanagawa.
Trump juga dijangka menghadiri majlis makan malam bersama para pemimpin perniagaan Jepun di Tokyo, dan berkemungkinan mengadakan pertemuan dengan balu Shinzo Abe, Akie Abe.