[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Trump "tidak gembira" serangan Israel ke atas Qatar, keluar kenyataan esok

Astro Awani 10/09/2025 | 01:30 MYT
Trump menyifatkan Qatar sebagai sekutu rapat dan memberi jaminan bahawa insiden serupa tidak akan berulang. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan bahawa beliau “tidak gembira” dengan serangan Israel ke atas Qatar pada Selasa, dalam kenyataan lisan pertamanya berhubung insiden tersebut.


Ringkasan AI
  • Dalam kenyataan lisan pertamanya, Trump menyatakan beliau "tidak gembira" dengan serangan Israel ke atas Qatar dan akan mengeluarkan kenyataan penuh esok.
  • Trump menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan oleh tentera AS selepas serangan berlaku dan menegaskan keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri Israel, bukan dirinya.
  • Trump menyifatkan Qatar sebagai sekutu rapat dan memberi jaminan bahawa insiden serupa tidak akan berulang, sambil menyatakan ia mungkin membuka ruang untuk rundingan damai di Asia Barat.


Dalam temu bual ringkas bersama wartawan, Trump berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai perkara itu esok.

Trump telah memuat naik hantaran di media sosial berhubung serangan tersebut, dan jurucakap White House turut memberikan komen.

Namun, kenyataan hari ini merupakan respon lisan pertama beliau terhadap insiden berkenaan.

Trump menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan oleh tentera AS mengenai serangan itu, namun ia berlaku terlalu lewat untuk dihentikan.

“Ini adalah keputusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bukan keputusan saya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Qatar adalah “sekutu dan sahabat rapat” AS, dan memberi jaminan kepada pemimpin Qatar bahawa insiden seperti itu tidak akan berulang.

Serangan tersebut telah mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan diplomatik di Asia Barat, yang mana Trump menyatakan bahawa insiden itu mungkin menjadi peluang untuk memulakan semula rundingan damai.




#Benjamin Netanyahu #White House #Donald Trump #Doha