DUNIA
Trump tidak yakin Ukraine boleh menang perang
Presiden Trump menegaskan, Ukraine tidak akan menang perang dengan Rusia meskipun ada peluang. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan, Ukraine tidak akan menang perang dengan Rusia meskipun ada peluang.
“Mereka boleh menang? Saya tak rasa mereka akan menang, tapi mereka masih boleh menang. Saya tak pernah kata mereka pasti menang, saya kata mereka boleh menang.
"Perang adalah sesuatu yang sangat pelik. Banyak perkara buruk berlaku dan kadang-kadang perkara baik juga berlaku,” kata Trump dalam sesi soal jawab bersama media di White House di sini, pada Isnin.
Jawapan beliau itu susulan ucapan beliau di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) UNGA yang menyifatkan Ukraine ada peluang menang dan mengekalkan wilayahnya yang dijajah Rusia.
Namun, beberapa hari lepas nada beliau berubah ketika bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di White House dengan menggesa Ukraine harus menyerahkan wilayah Donbas jika mahu perang tamat.
Ketika ditanya mengenai perbualan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Trump mengesahkan beliau telah meminta Putin menghentikan serangan terhadap kawasan awam di Ukraine.
“Ya, saya kata hentikan. Saya juga minta dia tunjukkan niat baik. Tapi seperti yang anda tahu, kebanyakan yang mati adalah askar antara 5,000 hingga 7,000 seminggu. Ia satu pertumpahan darah yang dahsyat, terburuk sejak Perang Dunia Kedua,” ujar Trump.
Beliau turut menegaskan bahawa konflik tersebut tidak memberi kesan langsung kepada Amerika Syarikat dari segi kewangan.
“Kita tak bayar apa-apa. NATO bayar kita untuk senjata yang mereka dapat. Tapi saya tak berminat dengan itu. Saya cuma nak selesaikan perkara ini,” katanya.
Trump juga menyatakan bahawa perang tersebut tidak akan berlaku sekiranya beliau masih menjadi Presiden.
“Itu perang yang takkan berlaku kalau saya masih Presiden. Tapi kita tetap berbincang tentang nyawa yang terkorban, termasuk nyawa orang awam,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau menyokong rang undang-undang oleh Senator Lindsey Graham untuk mengisytiharkan Rusia sebagai negara pengganas, Trump enggan memberi jawapan langsung.
“Kalau anda tahu apa yang anda cakap... saya rasa anda tak tahu sepenuhnya. Ia lebih rumit daripada sekadar beri senjata. Kita sedang cuba buat perjanjian. Kalau berjaya, bagus. Kalau tidak, ramai akan tanggung akibatnya,” kata Trump.
Trump turut memuji usaha Wanita Pertama dalam membantu kanak-kanak Ukraine yang diculik oleh Rusia, dan menyatakan bahawa beliau akan terus berusaha mencari penyelesaian damai yang adil.