Trump tolak kemungkinan bertanding bagi penggal ketiga

Donald Trump menolak kemungkinan untuk bertanding bagi penggal ketiga pada pilihan raya presiden 2028. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak kemungkinan untuk bertanding bagi penggal ketiga pada pilihan raya presiden 2028.
Ringkasan AI
- Donald Trump menolak kemungkinan untuk bertanding bagi penggal ketiga pada pilihan raya presiden 2028, walaupun mengakui ramai pihak mahu beliau bertanding semula.
- Dalam temu bual bersama rancangan 60 Minutes terbitan CBS News, Trump menyatakan bahawa barisan pelapis calon presiden dari pihaknya adalah luar biasa, termasuk Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara AS Marco Rubio.
- Pindaan Ke-22 Perlembagaan Amerika Syarikat mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada dua penggal sahaja, menjadikan pencalonan penggal ketiga secara perlembagaan tidak dibenarkan.
Ditanya lebih lanjut mengenai calon berpotensi termasuk Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, Trump menegaskan bahawa beliau menyukai kedua-duanya.
"...Kami mempunyai barisan pelapis yang luar biasa. Malah, kami boleh menggandingkan dua orang sekali gus. Kami mempunyai barisan yang hebat. Jadi saya tidak mahu mula bercakap tentang pilihan raya - masih terlalu awal," katanya lagi.
Pindaan Ke-22 Perlembagaan AS mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada hanya dua penggal sahaja.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


