Skip to main content

Dunia

Trump tukar nama Tasik Ontario kepada ‘Tasik Amerika’, cetus ketegangan baharu dengan Kanada

U.S. President Donald Trump speaks next to a map with "Lake America" written on it as he attends an event to sign an executive order renaming Lake Ontario as Lake America at the Oval Office of the White House in Washington, D.C., U.S., August 27, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Peta yang memaparkan Tasik Ontario sebagai “Tasik Amerika” dipamerkan ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif di Pejabat Oval, White House, pada Khamis. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Khamis bagi menukar nama Tasik Ontario kepada “Tasik Amerika”, dalam langkah terbaharu yang dilihat menghangatkan lagi ketegangan antara Washington dan Ottawa ketika kedua-dua negara berdepan perang perdagangan yang semakin sengit.

Bercakap dari Pejabat Oval, Trump berkata, idea untuk menamakan semula tasik berkenaan sudah lama berada dalam fikirannya.

“‘Tasik Amerika’ adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak sekian lama. Kita mempunyai sebuah teluk dan sebuah tasik. Sekarang, kita hanya perlukan sebuah lautan. 

"Jadi, mungkin kita perlu menukar nama Lautan Atlantik dan/atau Lautan Pasifik. Mungkin kita akan tukar kedua-duanya,” katanya.

Dikelilingi peta bersaiz besar kawasan Great Lakes, Trump menegaskan, perubahan nama itu berkuat kuasa serta-merta dan memaklumkan kakitangannya telah mengemukakan semua dokumen serta kertas kerja yang diperlukan.

Seorang pembantu White House mendakwa, tasik berkenaan “mempunyai sebahagian besar isipadu airnya di Amerika Syarikat” dan kawasan paling dalam tasik itu juga terletak dalam wilayah AS.

Ketika ditanya mengapa beliau memberi tumpuan kepada tindakan yang dilihat menyindir sekutu rapat Amerika, Trump mempertahankan keputusannya dengan mengkritik pemimpin Kanada.

“Pegawai Kanada telah melayan kami dengan sangat teruk. Mereka orang yang tidak menyenangkan,” katanya.

Trump turut mendakwa, Kanada merupakan negara yang paling sukar untuk dirunding dalam isu perdagangan dan menyifatkan pihak berkuasa negara jiran itu sebagai “terlalu berhak” atau entitled.

Perubahan nama Tasik Ontario itu dijangka mencetuskan reaksi daripada Kanada memandangkan tasik berkenaan dikongsi bersama oleh kedua-dua negara dan merupakan salah satu daripada lima Great Lakes yang menjadi sempadan semula jadi penting di Amerika Utara. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement