awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Zack Haikal sah kembali sarung jersi 'The Bos Gaurus'
Dron termal bantu imigresen tahan 218 warga asing di Cheras
Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah Tilawah, Hafazan Al-Quran peringkat Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tulis surat kepada Presiden Israel, mohon pengampunan untuk Netanyahu

Agensi
Agensi
12/11/2025
21:00 MYT
Trump tulis surat kepada Presiden Israel, mohon pengampunan untuk Netanyahu
Kata Trump (kiri) dalam suratnya kepada Presiden Israel, beliau percaya kes terhadap Netanyahu (kanan) merupakan pendakwaan bermotifkan politik dan tidak berasas. - Ganbar fail AP
JERUSALEM: Presiden Israel, Isaac Herzog, mengesahkan menerima sepucuk surat daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu yang meminta beliau memberikan pengampunan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang kini berdepan tiga kes rasuah di mahkamah.
Menurut kenyataan pejabat Herzog, surat itu menyatakan Trump menggesa agar Netanyahu diberi pengampunan penuh, sambil menyifatkan beliau sebagai “Perdana Menteri yang tegas dan berwibawa ketika perang.”
Trump menulis: “Saya menghormati sepenuhnya kebebasan sistem kehakiman Israel... namun saya percaya kes terhadap Bibi (panggilan terhadap Netanyahu) merupakan pendakwaan bermotifkan politik dan tidak berasas.”
Netanyahu sebelum ini menafikan sebarang salah laku dalam kes yang masih berjalan tanpa sebarang keputusan mahkamah setakat ini.
Penyokongnya turut mendakwa perbicaraan itu bermotifkan politik.
Dalam salah satu kes, Netanyahu dan isterinya, Sara, didakwa menerima barangan mewah bernilai lebih AS$260,000 termasuk cerut, barang kemas dan champagne daripada beberapa bilionair sebagai balasan untuk layanan politik.
Dua lagi kes melibatkan dakwaan cubaan mendapatkan liputan media yang lebih positif daripada dua organisasi berita Israel.
Pejabat Herzog menegaskan, beliau menghormati Trump dan menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Presiden AS itu terhadap Israel.
Namun, katanya, sesiapa yang memohon pengampunan Presiden perlu mengikut prosedur rasmi yang ditetapkan.
Sepanjang penggal semasa yang bermula hujung 2022, Netanyahu mencadangkan reformasi kehakiman yang didakwa pengkritik sebagai usaha melemahkan sistem mahkamah.
Cadangan itu mencetuskan protes besar-besaran sebelum reda susulan tercetusnya perang Gaza pada Oktober 2023.
Trump sendiri sebelum ini sering menuduh lawan politiknya menggunakan Jabatan Kehakiman untuk mensasarkan beliau selepas tamat tempoh jawatan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Benjamin Netanyahu
#pengampunan Netanyahu
#Trump tulis surat
#Presiden Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami