DUNIA
Trump tuntut ganti rugi AS$230 juta dolar daripada Jabatan Kehakiman AS
Presiden Trump mengesahkan laporan beliau sedang menuntut ganti rugi berjumlah ratusan juta dolar daripada Jabatan Kehakiman negaranya sendiri - langkah yang dianggap luar biasa dalam sejarah politik AS. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan laporan bahawa beliau sedang menuntut ganti rugi berjumlah ratusan juta dolar daripada Jabatan Kehakiman negaranya sendiri - langkah yang dianggap luar biasa dalam sejarah politik AS.
Akhbar The New York Times melaporkan bahawa pasukan guaman Trump menuntut pampasan kira-kira AS$230 juta (RM972 juta) atas siasatan persekutuan terhadap dirinya sebelum beliau dipilih semula sebagai Presiden.
Bercakap kepada pemberita di Pejabat Oval pada Selasa (21 Okt), Trump berkata: “Mereka mungkin berhutang banyak wang kepada saya. Jika saya menerima wang itu, saya akan lakukan sesuatu yang baik dengannya - mungkin disalurkan kepada badan amal atau diserahkan kepada White House.”
Tambahnya, keputusan itu perlu melalui kelulusannya sendiri dan mengakui keadaan itu “amat pelik kerana saya seolah-olah membayar diri sendiri.”
“Namun saya mengalami kerosakan yang sangat besar,” katanya.
Trump kemudian menjelaskan bahawa beliau “tidak tahu jumlah sebenar” tuntutan tersebut.
Langkah luar biasa dan penuh konflik kepentingan
Menurut The New York Times, situasi di mana seorang Presiden AS menuntut pampasan daripada kerajaan yang dipimpinnya sendiri “tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika” dan boleh menimbulkan konflik etika yang serius.
Antara yang menjadi perhatian ialah hakikat bahawa bekas peguam Trump, Todd Blanche, kini menjawat jawatan Timbalan Peguam Negara di Jabatan Kehakiman - jabatan yang kini menjadi pihak yang dituntut.
Jurucakap pasukan guaman Trump tidak mengesahkan secara langsung laporan tersebut tetapi menegaskan bahawa Presiden itu “terus melawan semua pemburuan siasatan politik yang diterajui Demokrat.”
Tuntutan berpunca daripada siasatan lama terhadap Trump
Tuntutan berkenaan dikaitkan dengan beberapa siasatan persekutuan terhadap Trump selepas penggal pertamanya, termasuk dakwaan penyalahgunaan dokumen sulit serta cubaan membatalkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2020 yang dimenangi Joe Biden.
Bagaimanapun, semua siasatan itu dibatalkan selepas beliau dipilih semula tahun lalu.
Trump juga sebelum ini memfailkan beberapa tindakan undang-undang terhadap media dan organisasi lain yang didakwa berat sebelah terhadapnya - malah ada kes yang berakhir dengan pampasan besar.
Dalam satu kes berasingan di negeri New York, Trump disabit bersalah atas 34 pertuduhan jenayah berkaitan pembayaran wang tutup mulut kepada seorang bintang filem dewasa, menjadikannya Presiden AS pertama dalam sejarah yang disabitkan atas kesalahan jenayah. - Agensi