DUNIA
Trump ugut Hamas akan 'dihapuskan' jika langgar gencatan senjata
Presiden Trump turut menghadiri sidang kemuncak gencatan senjata Gaza yang berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir, minggu lalu. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran bahawa kumpulan pejuang Palestin, Hamas akan “dihapuskan” sekiranya melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Israel, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai Israel menyeru semua pihak mengekalkan ketenangan selepas keganasan tercetus semula di Gaza hujung minggu lalu.
“Kami telah membuat perjanjian dengan Hamas - mereka akan berkelakuan baik, mereka akan bersikap sopan,” kata Trump kepada wartawan di White House ketika menerima lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, pada Isnin.
“Namun jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan bertindak dan hapuskan mereka. Mereka tahu perkara itu,” tegasnya.
Trump menegaskan, tentera AS tidak akan terlibat dalam sebarang operasi baharu, sambil menjelaskan puluhan negara lain telah bersetuju menghantar pasukan ke Gaza sebagai sebahagian daripada pasukan penstabilan antarabangsa.
“Andai saya arahkan, Israel boleh masuk (ke Gaza) dalam masa dua minit. Tapi buat masa ini, kami beri sedikit ruang untuk keamanan dan diharap keganasan tidak berulang,” katanya.
Trump mendakwa Hamas kini jauh lebih lemah berbanding sebelumnya, manakala Iran - penyokong utama kumpulan itu di rantau berkenaan “tidak berani campur tangan” selepas serangan udara AS dan Israel awal tahun ini.
PBB gesa semua pihak kekal berdisiplin
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, menyeru semua pihak menunaikan komitmen masing-masing di bawah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai hampir dua minggu lalu.
“Kami menggesa semua pihak menghormati komitmen bagi melindungi orang awam dan mengelak sebarang tindakan yang boleh mencetuskan semula pertempuran serta menjejaskan operasi kemanusiaan,” katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap siri serangan terbaharu di Gaza yang mengancam usaha damai yang sedang dijalankan.
Israel terima mayat tebusan dari Gaza
Sebelum itu, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan bahawa Israel telah menerima mayat seorang tebusan daripada Gaza melalui Palang Merah, selaras dengan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui.
Menurut pegawai Hamas kepada AFP, penyerahan mayat itu dibuat selepas sayap bersenjata Hamas menerima mayat tersebut daripada Briged Abu Ali Mustafa, sayap ketenteraan Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).
Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata penyerahan dilakukan “bagi memenuhi tanggungjawab kebangsaan” di bawah terma perjanjian berkenaan.
Setakat ini, Hamas telah menyerahkan 13 daripada 28 mayat tebusan yang dijanjikan, selain membebaskan 20 tebusan hidup warga Israel sebagai pertukaran kepada hampir 2,000 tahanan Palestin.
Gencatan senjata masih rapuh
Perjanjian gencatan senjata itu merupakan komponen utama pelan 20 perkara Trump bagi menamatkan perang Gaza, namun kekal rapuh susulan pertikaian mengenai kadar pertukaran tebusan dan penghantaran bantuan kemanusiaan.
AS bersama Mesir, Qatar dan Turkiye yang menjadi perantara rundingan, terus mendesak kedua-dua pihak agar mematuhi syarat yang telah dipersetujui.
Pegawai PBB memberi amaran bahawa sebarang kegagalan mengekalkan gencatan boleh menggagalkan operasi kemanusiaan di Gaza, yang masih berdepan kekurangan makanan dan bekalan perubatan kritikal selepas hampir dua tahun konflik berlarutan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini