DUNIA
Trump ugut NATO: Sekatan keras ke atas Rusia hanya jika henti beli minyak Moscow
Trump turut menggesa negara-negara NATO meningkatkan tarif antara 50 dan 100 peratus terhadap China, sebagai langkah tekanan tambahan. - Gambar fail/AP
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan ultimatum kepada sekutu NATO menerusi sepucuk surat pada Sabtu.
Beliau menegaskan, Washington hanya akan mengenakan sekatan keras terhadap Rusia sekiranya semua negara anggota turut mengambil langkah sama dan menghentikan pembelian minyak dari Moscow.
Dalam kenyataan menerusi media sosial, Trump menegaskan beliau bersedia melaksanakan sekatan itu, tetapi hanya apabila semua anggota NATO sepakat untuk bertindak serentak.
“Saya bersedia untuk mengenakan sekatan besar ke atas Rusia apabila semua negara NATO telah bersetuju, dan mula melakukan perkara sama, serta berhenti membeli minyak dari Rusia,” katanya, memetik isi kandungan surat yang dihantar kepada anggota dalam NATO.
Beliau menambah, pembelian minyak Rusia oleh beberapa negara telah melemahkan penguasaan penuh NATO terhadap negara itu.
“Komitmen NATO untuk menang masih jauh daripada 100%.
"Pembelian minyak Rusia ini amat mengejutkan dan sangat melemahkan kuasa rundingan anda,” jelasnya.
Selain itu, Trump turut menggesa negara-negara NATO meningkatkan tarif antara 50 dan 100 peratus terhadap China, sebagai langkah tekanan tambahan.
“Saya percaya langkah ini, bersama tarif ke atas China yang akan ditarik balik selepas perang Rusia-Ukraine berakhir, akan membantu menyegerakan tamatnya perang ini,” katanya.
Menurut Trump, perang di Ukraine akan berakhir “dengan cepat” jika langkah-langkah tersebut dilaksanakan.
Untuk rekod, Kesatuan Eropah sebelum ini telah mengharamkan import minyak Rusia melalui laut dan produk minyak yang ditapis seperti diesel. Namun, beberapa negara masih meneruskan pembelian bahan api fosil dan gas asli cecair (LNG) dari Rusia.
Dalam masa sama, Trump juga memberitahu media antarabangsa bahawa beliau sedang mempertimbangkan sekatan lebih keras terhadap bank, minyak, dan tarif. Malah, beliau telah pun menggandakan tarif ke atas India kepada 50 peratus kerana negara itu membeli minyak dari Rusia.
Langkah tersebut, diakui Trump, telah mencetuskan ketegangan dengan India yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil, memandangkan negara lain turut menjalankan urus niaga dengan Moscow.