[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
DUNIA

Trump ugut saman BBC AS$5 bilion, dakwa UK 'malu' dengan kontroversi dokumentari

Astro Awani 15/11/2025 | 10:21 MYT
Trump mendakwa United Kingdom berasa ‘malu’ dengan tindakan BBC berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa mengubah maksud ucapannya semasa insiden rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap BBC dengan tuntutan sehingga AS$5 bilion, meskipun penyiar awam Britain itu telah memohon maaf atas kekhilafan dalam suntingan dokumentari rancangan Panorama.


Ringkasan AI
  • Donald Trump akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap BBC dengan tuntutan sehingga AS$5 bilion, disebabkan dokumentari yang didakwa mengubah maksud ucapannya semasa insiden rusuhan Capitol.
  • BBC telah mengaku melakukan kesilapan dalam suntingan tersebut, tetapi hanya mengakui kesilapan tanpa bersetuju membayar sebarang ganti rugi kepada Trump.
  • Kontroversi ini telah mencetuskan ketegangan diplomatik dan pakar undang-undang media menyatakan tuntutan Trump mungkin sukar dibuktikan di mahkamah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Trump mendakwa United Kingdom berasa ‘malu’ dengan tindakan BBC berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa mengubah maksud ucapannya semasa insiden rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.

"BBC telah mengaku mereka menipu. Saya tiada pilihan selain menyaman mereka," kata Trump kepada wartawan ketika berada di atas pesawat Air Force One, sambil menegaskan bahawa reputasinya terjejas teruk akibat suntingan tersebut.

Peguam Trump sebelum ini menghantar surat kepada BBC menuntut permohonan maaf dan pampasan sebelum 14 November, namun BBC hanya mengakui kesilapan tanpa bersetuju membayar sebarang ganti rugi.

Kontroversi ini mencetuskan ketegangan diplomatik apabila Trump menyatakan hasrat untuk menghubungi Perdana Menteri UK, Keir Starmer, bagi membincangkan isu tersebut secara langsung.

BBC belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung ugutan saman itu, namun pakar undang-undang media menyatakan bahawa tuntutan sedemikian mungkin sukar dibuktikan di mahkamah, terutamanya melibatkan penyiaran antarabangsa dan tafsiran editorial.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tuntutan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terhadap BBC?
    A: Trump mengesahkan beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap BBC dengan tuntutan sehingga AS$5 bilion.
  • Q: Mengapakah Donald Trump merasakan perlunya menyaman BBC?
    A: Trump mendakwa BBC mengubah maksud ucapannya dalam dokumentari berhubung insiden rusuhan Capitol.
  • Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh BBC setelah permintaan maaf yang dibuat oleh Trump?
    A: BBC hanya mengakui kesilapan tanpa bersetuju membayar sebarang ganti rugi seperti yang diminta oleh peguam Trump.
  • Q: Adakah BBC bersedia untuk membayar sebarang ganti rugi kepada Trump?
    A: BBC tidak bersetuju untuk membayar sebarang ganti rugi seperti yang dituntut oleh Trump dalam tindakan undang-undangnya.
  • Q: Apakah pandangan pakar undang-undang media berhubung dengan kemungkinan kejayaan tuntutan undang-undang Trump terhadap BBC?
    A: Pakar undang-undang media menyatakan bahawa tuntutan undang-undang sedemikian mungkin sukar dibuktikan di mahkamah, terutamanya melibatkan penyiaran antarabangsa dan tafsiran editorial.



#Donald Trump #bbc #penyiaran dokumentari yang disunting #tuntutan AS 5 bilion