[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Trump ugut TSMC, kenakan cukai 100 peratus andai tidak bina kilang di Amerika

Agensi 09/04/2025 | 01:30 MYT
Syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan dikenakan cukai setinggi 100 peratus sekiranya gagal membina kilang pengeluaran di Amerika Syarikat, tegas Presiden Trump. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan dikenakan cukai setinggi 100 peratus sekiranya gagal membina kilang pengeluaran di negara yang ditadbirnya.
Bercakap dalam satu acara anjuran Jawatankuasa Kongres Nasional Republikan, di sini, pada Selasa, Trump turut mengkritik pentadbiran Presiden AS sebelum beliau, Joe Biden yang meluluskan geran berjumlah AS$6.6 bilion kepada syarikat semikonduktor gergasi Taiwan itu, di Phoenix, Arizona, bagi pengeluaran cip semikonduktor.
“Syarikat cip tak perlukan wang itu,” bidas Trump merujuk kepada sokongan kewangan yang diberikan kerajaan kepada syarikat teknologi utama dunia itu.
Kenyataan Trump mencerminkan pendekatannya yang lebih tegas terhadap pelaburan asing terutama berkaitan industri strategik seperti teknologi semikonduktor, dengan menekankan kepentingan pengeluaran domestik bagi keselamatan ekonomi dan negara. - Agensi
#Trump ugut #TSMC #cukai 100 peratus #bina kilang di Amerika #Donald Trump