Trump umum anggota pengawal kebangsaan Sarah Beckstrom meninggal dunia selepas insiden tembakan

Sarah Beckstrom meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam insiden tembakan berhampiran White House.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan bahawa seorang anggota Pengawal Kebangsaan, Sarah Beckstrom, 20, telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam satu insiden tembakan di ibu negara pada Rabu lalu.
Ringkasan AI
- Sarah Beckstrom, anggota Pengawal Kebangsaan, meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam insiden tembakan berhampiran White House.
- Andrew Wolfe, rakan sejawat Beckstrom, kini dalam keadaan kritikal dan sedang berjuang untuk hidup selepas menjalani pembedahan kecemasan akibat serangan tersebut.
- Suspek tembakan dikenal pasti sebagai Rahmanullah Lakanwal, warga Afghanistan berusia 29 tahun, ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa AS termasuk FBI.
“Sarah Beckstrom ialah seorang anggota muda yang luar biasa, sangat dihormati dan baru memulakan khidmat pada Jun 2023. Beliau telah pergi meninggalkan kita,” kata Trump dalam satu sidang media pada Khamis malam.
Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Rahmanullah Lakanwal, seorang warga Afghanistan berusia 29 tahun yang kini ditahan dan sedang disiasat atas kemungkinan motif berkaitan keganasan.
FBI turut menjalankan siasatan meluas termasuk menggeledah beberapa lokasi yang dikaitkan dengan suspek di negeri Washington.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


