DUNIA
Trump umum capai persetujuan awal dengan Xi berhubung TikTok, dijangka bertemu di Korea Selatan
Trump menyifatkan perbualan itu sebagai “produktif” dan menghargai persetujuan Xi terhadap perjanjian berkenaan, yang dilaporkan akan menyaksikan operasi TikTok di AS dijual kepada sekumpulan pelabur tempatan. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan, beliau dan Presiden China, Xi Jinping, telah mencapai persetujuan awal mengenai masa depan operasi TikTok di AS menerusi panggilan telefon pada Jumaat.
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan perbualan itu sebagai “produktif” dan menghargai persetujuan Xi terhadap perjanjian berkenaan, yang dilaporkan akan menyaksikan operasi TikTok di AS dijual kepada sekumpulan pelabur tempatan.
Bagaimanapun, agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan, hasil perbincangan itu dengan nada lebih berhati-hati, memetik Xi sebagai berkata Beijing “mengalu-alukan rundingan mengenai TikTok.”
TikTok yang dimiliki firma China, ByteDance, sebelum ini diarah menjual operasi AS atau berdepan larangan penuh.
Namun, Trump beberapa kali menangguhkan pelaksanaan larangan tersebut, termasuk terbaru sehingga Disember ini.
Trump berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai isu perdagangan dan bersetuju untuk bertemu pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung Oktober ini di Korea Selatan, selain merancang lawatan balas ke China awal tahun depan.
“Kami menjangkakan perjanjian ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi. AS juga akan mempunyai kawalan yang sangat ketat terhadap aplikasi ini,” kata Trump.
Perjanjian itu dilaporkan melibatkan syarikat-syarikat AS, termasuk Oracle, yang dikaitkan rapat dengan sekutu Trump, Larry Ellison.
Namun, isu utama yang masih belum diputuskan ialah siapa yang akan mengawal algoritma TikTok yang menjadi teras kepada kandungan untuk 170 juta pengguna di AS.
Sementara itu, ByteDance dalam kenyataannya berkata, akan terus mematuhi undang-undang bagi memastikan TikTok kekal beroperasi di AS.
Walaupun Trump kini melihat TikTok sebagai platform penting dalam kempen pilihan raya 2024 beliau, ramai ahli Kongres – termasuk daripada Parti Republikan – menyuarakan kebimbangan berhubung kaitan ByteDance dengan Parti Komunis China.
Awal tahun ini, Mahkamah Agung AS mengekalkan undang-undang yang melarang TikTok kecuali ByteDance melepaskan operasi AS, dengan Jabatan Kehakiman turut memberi amaran aplikasi itu boleh menimbulkan ancaman keselamatan negara berskala besar.
Panggilan telefon ini merupakan yang kedua antara Trump dan Xi tahun ini, selepas perbincangan Jun lalu yang menyentuh mengenai eksport mineral nadir bumi China. - Agensi