awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum ibu pejabat US Space Command dipindah ke Alabama

Bernama
Bernama
03/09/2025
09:16 MYT
Trump umum ibu pejabat US Space Command dipindah ke Alabama
Trump berkata, ibu pejabat US Space Command akan berpindah ke Huntsville, Alabama, dan akan dikenali sebagai Rocket City. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa ibu pejabat US Space Command (Spacecom) akan dipindahkan dari Colorado ke Alabama, selepas berlakunya pertikaian politik berlarutan mengenai lokasinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Ibu pejabat US Space Command akan berpindah ke tempat yang indah di Huntsville, Alabama, dan mulai saat ini akan dikenali sebagai Rocket City," katanya pada sidang akhbar di Rumah Putih.
Komando atau unit yang bertanggungjawab terhadap operasi ketenteraan AS di angkasa lepas itu kini berpusat di Peterson Space Force Base, Colorado, dengan kira-kira 1,700 anggota.
Gabenor Colorado ialah dari Demokrat iaitu Jared Polis, manakala Alabama dipimpin oleh Gabenor Republikan Kay Ivey.
Presiden AS sebelum ini, Joe Biden, seorang Demokrat pernah menetapkan Colorado sebagai lokasi sementara bagi unit itu.
Trump, yang sejak lama memihak kepada Redstone Arsenal di Huntsville, menjanjikan 30,000 pekerjaan untuk kawasan itu, namun tidak menjelaskan perbezaan ketara dengan jumlah tenaga kerja semasa di Colorado.
Space Command merupakan satu daripada 11 unit atau komando tempur AS di bawah Jabatan Pertahanan, bersama unit lain yang bertanggungjawab ke atas operasi di Eropah, Afrika dan siber.
Misi utamanya termasuk memantau objek di orbit menggunakan satelit, menyokong cabang angkatan tentera lain seperti Tentera Udara dan Tentera Laut, serta menyediakan amaran awal terhadap serangan peluru berpandu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#US Space Command
#pindah ibu p ejabat
#Alabama
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan