awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum kapal selam nuklear AS ditempatkan 'di lokasi sepatutnya'

Bernama
Bernama
04/08/2025
13:23 MYT
Trump umum kapal selam nuklear AS ditempatkan 'di lokasi sepatutnya'
Trump pada Jumaat lalu, menyatakan bahawa beliau mengarahkan dua kapal selam nuklear ke "rantau yang sesuai". - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Ahad berkata dua kapal selam nuklear tiba di lokasi yang ditetapkan, hanya dua hari selepas beliau mengarahkan penempatannya, lapor agensi berita Xinhua.
"Saya keluarkan kenyataan dan jawapannya ialah, kedua-dua kapal kini berada di rantau ... di mana mereka sepatutnya berada," kata Trump.
Trump sebelum ini, pada Jumaat, melalui platform media sosialnya - Truth Social, menyatakan bahawa beliau mengarahkan dua kapal selam nuklear ke "rantau yang sesuai" selepas perselisihan pendapat dengan Dmitry Medvedev, bekas Presiden Rusia yang kini adalah Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia.
Pada 28 Julai, Trump memendekkan tempoh akhir yang diberikan kepada Moscow untuk menamatkan konflik dengan Ukraine - daripada 50 hari kepada hanya "10 atau 12 hari," kerana kecewa dengan apa yang beliau dakwa sebagai "keengganan Moscow untuk berkompromi."
Kemudian pada hari yang sama, Medvedev menyifatkan kenyataan Trump sebagai satu tindakan "bermain permainan ultimatum dengan Rusia," dan menganggap ancaman itu sebagai "langkah ke arah peperangan... dengan negaranya sendiri."
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kapal selam nuklear
#Donald Trump
#konflik Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan