DUNIA

Trump umum kenaikan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal

Bernama 26/09/2025 | 03:50 MYT
Trump mengumumkan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal muali 1 Okt, yang boleh dielakkan oleh pengeluar sekiranya mereka membina kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengumumkan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal muali 1 Okt, yang boleh dielakkan oleh pengeluar sekiranya mereka membina kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump mentakrifkan pembinaan loji farmaseutikal sebagai sama ada "pecah tanah" atau sedang "dalam pembinaan."

"Oleh itu, tiada tarif akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal ini sekiranya pembinaan sudah dimulakan," katanya.

Tarif itu dijangka memberi kesan kepada negara seperti India, yang merupakan pembekal utama farmaseutikal ke AS.

Syarikat farmaseutikal Jerman juga bimbang kerana pasaran AS merupakan pasaran eksport terpenting mereka, merangkumi hampir satu perempat daripada jumlah eksport farmaseutikal Jerman.

-- BERNAMA


#Donald Trump #Tarif Amerika #tarif produk farmaseutikal #loji farmaseutikal