DUNIA
Trump umum kumpulan firma AS akan beli TikTok selepas capai persetujuan dengan China
Trump tidak memperincikan syarikat mana yang akan membeli operasi TikTok di AS daripada ByteDance yang berpangkalan di China, namun, pengumuman itu dibuat selepas beliau berulang kali menangguhkan tarikh penutupan operasi TikTok di AS.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pada Selasa bahawa sekumpulan syarikat negara itu akan membeli platform media sosial TikTok selepas beliau mencapai persetujuan dengan China yang akan mengelakkan penutupan aplikasi berkenaan di AS, lapor Anadolu Ajansi.
Trump tidak memperincikan syarikat mana yang akan membeli operasi TikTok di AS daripada ByteDance yang berpangkalan di China, namun, pengumuman itu dibuat selepas beliau berulang kali menangguhkan tarikh penutupan operasi TikTok di AS sementara rundingan diteruskan.
"Kami ada persetujuan mengenai TikTok. Saya sudah mencapai persetujuan dengan China. Saya akan bercakap dengan Presiden Xi (Jinping) pada Jumaat untuk mengesahkan segalanya," kata Trump kepada pemberita di White House sebelum berlepas ke United Kingdom.
"Kami membuat perjanjian perdagangan yang sangat baik, dan saya harap baik untuk kedua-dua negara, tetapi ia sangat berbeza daripada perjanjian yang pernah dibuat sebelum ini.
"Saya tidak suka melihat nilai seperti itu dicampak keluar," katanya.
Pada Isnin, Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata, para perunding telah mencapai rangka kerja perjanjian mengenai pemilikan TikTok, dengan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping dijadual berbincang pada Jumaat untuk meluluskan perjanjian itu.
TikTok berdepan tarikh akhir 17 Sept untuk ByteDance melupuskan operasi AS atau berdepan larangan menyeluruh kerana kebimbangan keselamatan negara berhubung kemungkinan perkongsian data dengan Beijing.
Bessent turut mengumumkan rancangan untuk rundingan perdagangan tambahan "dalam masa sebulan, di lokasi berbeza."
-- BERNAMA