awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum Maduro ditangkap selepas AS serang Venezuela

Agensi
Agensi
03/01/2026
10:15 MYT
Trump umum Maduro ditangkap selepas AS serang Venezuela
Trump berkata, Maduro telah ditahan bersama isterinya sebelum diterbangkan keluar dari negara itu. - Gambar fail/ Reuters
AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan berskala besar ke atas Venezuela dan menahan Presidennya, Nicolas Maduro, bersama isterinya sebelum diterbangkan keluar dari negara itu, menurut Presiden AS, Donald Trump, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan besar ke atas Venezuela, menahan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya sebelum diterbangkan keluar dari negara itu, menurut kenyataan Presiden AS, Donald Trump.
  • Tindakan ini adalah campur tangan paling langsung oleh Washington di Amerika Latin sejak pencerobohan Panama pada 1989, menandakan keputusan berani yang boleh mencetuskan ketegangan geopolitik di rantau tersebut.
  • Maduro dituduh mengendalikan "narco-state" dan memanipulasi pilihan raya untuk kepentingan dirinya. Langkah AS ini dijangka mengakibatkan kesan mendalam terhadap pasaran minyak global dan hubungan diplomatik Venezuela-Washington.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump mengesahkan operasi tersebut berjaya dilaksanakan oleh pasukan AS.
“Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan serangan besar-besaran terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro bersama isterinya telah ditahan dan diterbangkan keluar dari negara itu,” kata Trump, seperti dilapor Reuters.
Jika disahkan, tindakan ini menandakan campur tangan paling langsung oleh Washington di Amerika Latin sejak pencerobohan Panama pada 1989 bagi menyingkirkan pemimpin tentera Manuel Noriega.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada kerajaan Venezuela berhubung dakwaan tersebut.
AS sebelum ini menuduh Maduro mengendalikan sebuah “narco-state” iaitu dikawal atau sangat dipengaruhi oleh sindiket dadah, sama ada melalui kerajaan, institusi keselamatan, atau ekonomi. Beliau juga didakwa memanipulasi pilihan raya untuk kekal berkuasa.
Maduro, yang mengambil alih kepimpinan selepas kematian Hugo Chavez pada 2013, berulang kali menegaskan Washington mahu menguasai rizab minyak Venezuela yang merupakan terbesar di dunia.
Pemerhati antarabangsa menjangkakan perkembangan ini bakal mencetuskan ketegangan geopolitik baharu di rantau Amerika Latin, selain memberi kesan mendalam terhadap pasaran minyak global dan hubungan diplomatik antara Caracas dan Washington.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro? A: Donald Trump mengesahkan bahawa Amerika Syarikat melancarkan serangan besar-besaran ke atas Venezuela dan menahan Presiden Nicolas Maduro beserta isterinya sebelum diterbangkan keluar dari negara itu.
  • Q: Apakah dakwaan yang dikemukakan terhadap Presiden Nicolas Maduro oleh Amerika Syarikat? A: Amerika Syarikat mendakwa Nicolas Maduro mengendalikan sebuah "narco-state" yang dikawal oleh sindiket dadah, serta memanipulasi pilihan raya untuk kekal berkuasa.
  • Q: Adakah kerajaan Venezuela memberikan pengesahan rasmi mengenai tindakan yang diambil terhadap Presiden Nicolas Maduro? A: Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada kerajaan Venezuela berhubung serangan dan penahanan Presiden Nicolas Maduro yang dilaporkan oleh Amerika Syarikat.

Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Venezuela
#Nicolas Maduro
#AS serang Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan