DUNIA
Trump umum penukaran nama Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Perang
Trump menyatakan bahawa nama “Jabatan Pertahanan” terlalu pasif dan tidak mencerminkan semangat ofensif yang diperlukan dalam era moden. - Foto White House
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani satu perintah eksekutif hari ini untuk menukar nama rasmi Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Perang, menurut kenyataan seorang pegawai White House.
Ringkasan AI
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada kempen pentadbiran beliau untuk menghidupkan semula semangat “etos pejuang” dalam struktur ketenteraan negara.
Perintah tersebut akan membenarkan penggunaan gelaran alternatif seperti “Setiausaha Perang” dan “Timbalan Setiausaha Perang” dalam komunikasi rasmi dan dokumen awam.
Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, yang telah beberapa kali dirujuk sebagai “Setiausaha Perang” oleh Trump, akan ditugaskan untuk mencadangkan tindakan perundangan dan eksekutif bagi menjadikan penukaran nama ini kekal.
Trump menyatakan bahawa nama “Jabatan Pertahanan” terlalu pasif dan tidak mencerminkan semangat ofensif yang diperlukan dalam era moden.
“Kita menang Perang Dunia Pertama dan Kedua dengan Jabatan Perang, bukan Jabatan Pertahanan,” katanya kepada media pada 25 Ogos lalu.
Jabatan ini pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Perang sejak penubuhannya pada tahun 1789 sehingga ia digabungkan dan dinamakan semula sebagai Jabatan Pertahanan pada tahun 1949, susulan Akta Keselamatan Negara 1947 yang menyatukan tentera darat, laut dan udara di bawah satu struktur pentadbiran.
Walaupun perubahan nama jabatan persekutuan memerlukan kelulusan Kongres, Trump dilaporkan yakin bahawa majoriti Republikan di kedua-dua dewan akan menyokong langkah tersebut jika diperlukan.
“Kita akan laksanakan. Saya yakin Kongres akan ikut serta jika perlu,” kata beliau.
Langkah ini dijangka melibatkan kos ratusan juta dolar untuk menukar papan tanda, dokumen rasmi, dan sistem komunikasi di Pentagon serta pangkalan tentera di seluruh dunia.
Kritikan terhadap cadangan ini menyifatkannya sebagai gangguan tidak perlu dan pembaziran sumber, namun Hegseth menegaskan bahawa perubahan ini adalah soal identiti dan semangat tempur.
“Ia bukan sekadar nama - ia tentang warisan dan keberanian,” katanya dalam satu temu bual.
Pentadbiran Trump sebelum ini telah melancarkan beberapa inisiatif penjenamaan semula, termasuk membatalkan usaha Presiden Biden untuk menukar nama pangkalan tentera yang berkaitan dengan Konfederasi.
Penukaran nama Jabatan Pertahanan ini dilihat sebagai langkah simbolik yang memperkukuh naratif ketenteraan dan nasionalisme dalam pentadbiran Trump.
Ringkasan AI
- Presiden AS dijangka tandatangan perintah eksekutif untuk hidupkan semula semangat -etos pejuang- dan gunakan gelaran rasmi seperti -Setiausaha Perang-.
- Penukaran nama dijangka libatkan kos ratusan juta dolar; Trump yakin Kongres akan sokong walaupun perlu kelulusan perundangan.
- Pengkritik anggap langkah ini gangguan tidak perlu, namun pentadbiran Trump pertahan ia sebagai usaha memperkukuh warisan dan naratif ketenteraan.