DUNIA
Trump umum perjanjian perdagangan baharu dengan Vietnam
Trump berkata, Vietnam telah bersetuju untuk mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua barangan yang dihantar ke AS dan tarif 40 peratus ke atas barangan yang dihantar semula. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan perjanjian perdagangan baharu dengan Vietnam selepas berbincang dengan Setiausaha Agung Parti Komunis ,To Lam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Trump berkata, Vietnam telah bersetuju untuk mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua barangan yang dihantar ke AS dan tarif 40 peratus ke atas barangan yang dihantar semula.
Sebagai pertukaran, Vietnam akan memberi akses penuh kepada produk buatan Amerika untuk memasuki pasaran mereka tanpa dikenakan tarif.
Beliau menambah bahawa kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan AS atau kenderaan berkapasiti enjin besar dijangka mendapat sambutan baik dalam pasaran Vietnam.
-- BERNAMA