[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine

Bernama 03/02/2025 | 05:15 MYT
TRUMP: "Perbincangan berjalan dengan baik".- Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami mempunyai hujung minggu yang sangat padat. Kami berurusan dengan Israel, kami berurusan dengan Ukraine dan Rusia.
"Kami menghadiri mesyuarat dan perbincangan yang dijadualkan dengan pelbagai pihak, termasuk Ukraine dan Rusia," katanya kepada pemberita ketika dalam perjalanan ke Rumah Putih.
Menurut Trump, "perbincangan berjalan dengan baik".
-- BERNAMA
#Donald Trump #Rusia #Ukraine #Amerika Syarikat