DUNIA
Trump umum tarif 50 peratus ke atas barangan Brazil
Trump (kiri) memuat naik surat kepada Lula (kanan) di Truth Social dengan alasan serangan tersembunyi terhadap pilihan raya dan kebebasan bersuara di AS. -Gambar fail
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu petang mengumumkan bahawa tarif sebanyak 50 peratus akan dikenakan ke atas barangan import dari Brazil berkuat kuasa 1 Ogos, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Trump memuat naik surat kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di Truth Social, platform media sosial miliknya, dengan mendakwa bahawa "Sebahagiannya disebabkan oleh serangan tersembunyi dan berbahaya Brazil terhadap Pilihan Raya Bebas dan hak Kebebasan Bersuara rakyat Amerika yang asas... kami akan mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua produk Brazil yang dihantar ke Amerika Syarikat."
Trump sebelum ini mengumumkan tarif baharu ke atas 14 negara pada Isnin dan tujuh lagi pada Rabu, dengan kadar antara 20 peratus hingga 40 peratus. Pengumuman terbaharu mengenai tarif 50 peratus ke atas Brazil merupakan kadar tertinggi setakat ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Donald Trump mengumumkan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua barangan import dari Brazil berkuat kuasa 1 Ogos, menjadikannya kadar tertinggi setakat ini.
- Pengumuman dibuat melalui surat kepada Presiden Brazil di Truth Social, dengan alasan serangan tersembunyi terhadap pilihan raya dan kebebasan bersuara di AS.
- Sebelum ini, Trump telah mengenakan tarif baharu antara 20 hingga 40 peratus ke atas 21 negara lain dalam minggu yang sama.