DUNIA

Trump umum Uzbekistan Airways beli sehingga 22 pesawat Boeing 787 bernilai lebih AS$8 bilion

Agensi 23/09/2025 | 01:00 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin mengumumkan, Uzbekistan Airways menandatangani perjanjian dengan Boeing bernilai lebih AS$8 bilion bagi pembelian sehingga 22 pesawat Boeing 787 Dreamliner. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin mengumumkan, Uzbekistan Airways menandatangani perjanjian dengan Boeing bernilai lebih AS$8 bilion bagi pembelian sehingga 22 pesawat Boeing 787 Dreamliner.

Trump berkata di platform media sosialnya, Truth Social, bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, awal bulan ini.

Boeing dalam kenyataan berasingan pada Isnin turut mengesahkan tempahan berkenaan.



#Uzbekistan Airways #Boeing 787 Dreamliner #22 pesawat Boeing #Donald Trump